Nabi Idris
A.S
Allah s.w.t berfirman:
"Dan ceritakanlah
(hai Muhammad
kepada
mereka
kisah) Idris (yang tersebut)di dalam
Al-Qur'an. Sesungguhnya ia
adalah
seorang yang sangat membenarkan
dan seorang
rasul.
Dan Kami telah
mengangkatnya ke martabat yang tinggi." (QS. Maryam: 56-57)
Kita tidak mengetahui bila
Nabi Idris hidup dan
kepada
kaum
siapa dia diutus dan
bagaimana Allah
s.w.t mengangkat darjatnya
pada
kedudukan yang tinggi.
Menurut cerita kuno
disebutkan
bahawa Nabi Idris adalah
Uzairis, salah
seorang pahlawan
Mesir kuno. Beliau dianggap sebagai Tuhan
berhala. Izis, isterinya memainkan
peranan
penting
dalam mengembalikannya pada kehidupan. Kami
tidak memiliki
suatu
sumber yang
otentik yang dapat kami percaya
untuk meneguhkan
pendapat seputar Nabi
Idris.
Barangkali Idris adalah seorang
Nabi yang dermawan
dan mulia
dan diutus di Mesir, lalu Allah
s.w.t mengangkatnya
di sisi-Nya
seperti
Nabi Isa Ibnu
Maryam. Ketika beliau diangkat, terjadilah berbagai
macam isu dan
fitnah
seputar beliau dan
kemudian beliau
dijadikan
sebagai Tuhan. Dan
barangkali ada
versi
lain
seputar kisah itu.
Yang jelas Al-Qur'an al-Karim tidak
menyingkap
kesamaran
yang berhubungan dengan Nabi
Idris. Yang kami
ketahui
hanya
bahawa beliau
adalah
seorang yang jujur, yang terpercaya, dan
seorang Nabi. Allah
s.w.t mengangkatnya
ke darjat yang tinggi di sisi-Nya.
?
Nabi Idris
a.s Bersama Malaikat Izrail
Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi
oleh Malaikat Izrail
dan bertanya
Nabi Idris a.s katanya: "Hai
malaikat Izrail, engkau datang ini
untuk mencabut nyawa atau
untuk menziarah?." Kata
Malaikat Izrail
aku datang untuk
menziarah dengan izin
Allah. Kata Nabi
Idris kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada
keperluan dan
kepentingan
kepadamu" Kata
Malaikat Izrail
"Kepentingan
apa itu?" Jawab
Nabi Idris "Kepentingan denganmu iaitu
supaya engkau mencabut nyawaku dan
kemudian Allah
menghidupkan
kembali sehingga aku dapat beribadah
kepada
Allah setelah
aku merasakan
sakaratulmaut". Kata
Malaikat Izrail
sesungguhnya aku
tidak akan mencabut nyawa
seseorang melainkan mendapat izin
Allah. Maka Allah
memberi wahyu
kepada
kepada
Malaikat Izrail
agar
dia mencabut nyawa Nabi
Idris, maka
seketika
itu
Malaikat Izrail
mencabut nyawa Nabi
Idris a.s.
Maka
Malaikat Izrail
menangis atas kematian Nabi
Idris
sambil
memohon
kepada
Allah agar Allah
menghidupkan
kembali Nabi
Idris a.s.
Kemudian Allah mengabulkan
permohonan
Malaikat Izrail, maka Nabi
Idris hidup kembali.
Malaikat Izrail
bertanya
kepada
Nabi Idris as. "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi
Idris a.s
"Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan
binatang
yang hidup itu
dilapah kulitnya (dibuang
kulitnya semasa
hidup-hidup) dan
begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan
lebih
seribu kali
sakit."
Kata Malaikat Maut: "Secara
halus dan
berhati-hati aku mencabut nyawa
yang seperti itu selama-lamanya."
Kemudian Nabi
Idris a.s berkata lagi pada
Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya ada
keinginan
lagi dengan engkau iaitu
saya
ingin
melihat Neraka Jahanam
sehingga
saya
boleh
beribadah kepada Allah
dengan bersungguh-sungguh setelah
melihat
belenggu, rantai-rantai
dan kala jengking
yang menyengat orang-orang yang ada
di Neraka Jahanam." Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka
Jahanam tanpa
izin
Allah".
Mala Allah
memberi wahyu
kepada
Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke Neraka
Jahanam bersama-sama
Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka
Jahanam bersama-sama
Nabi Idris kemudian
Idris melihat segala macam seksaan
yang
diciptakan Allah
untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, rantai-rantai
daripada neraka dan
kala jengking serta ular dengan api-api
yang
menyala dan
kayu zakum dan air
yang sangat panas untuk diminum oleh
ahli neraka tersebut. Setelah
kembali Nabi
Idris
berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada
keinginan lagi dengamu
iaitu saya ingin melihat syurga
sehingga
saya
boleh
tambah
meningkatkan
amal
ibadah,"
maka
Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu
ke dalam syurga
tanpa izin Allah." Maka Allah
memberi izin
pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan
berhenti
dekat pintu
syurga.
Maka Nabi Idris melihat di
dalamnya
nampak bermacam-macam nikmat dan
istana besar
lagi
indah
dan beberapa anugerah
yang
berharga, juga tumbuh-tumbuhan
serta
buah-buahan yang beraneka warna dan
rasanya
berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai
saudaraku, saya
telah merasakan sakitnya
sakaratulmaut, saya
telah melihat Neraka
Jahanam yang didalamnya
bermacam-macam rupa seksaan dan
azab
neraka
maka mohonlah
engkau
kepada
Allah agar Allah
mengizinkan saya untuk
masuk syurga dan
minum airnya
agar
hilang rasa sakitnya
sakaratulmaut di tenggkorakku ini
dan juga terhindar daripada
seksaan
Neraka Jahanam.
Maka Malaikat Izrail
minta izin
kepada
Allah lalu
mengizinkannya, kemudian masuklah
meraka
berdua
ke alam syurga lalu
keluar. Kemudian
Nabi Idris masuk
lagi ke dalam syurga dan
meletakkan seliparnya
di bawah
pokok kayu
di dalam syurga. Maka
Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya
tertinggal didalam syurga di
bawah pokok
kayu, maka kembalikanlah
saya
ke dalam syurga,"
maka Nabi Idris masuk ke syurga
dan tidak mahu keluar lagi dari
syurga. Maka berteriaklah
Malaikat Izrail
memanggil
Nabi Idris agar keluar dari syurga. "Hai Idris, keluarlah
engkau
dari syurga."
Maka Nabi Idris
pun tidak mahu keluar Allah s.w.t telah
berfirman
"Tiap-tiap orang mesti merasakan
sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan
sakaratulmaut. Dan
Allah s.w.t berfirman
lagi
maksudnya: "Tidak ada
diantara
kamu sekelian
kecuali
mereka
itu memasuki
(neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki
neraka
dan Allah
pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan
tidaklah
mereka
itu dikeluarkannya". (keluar daripada
syurga).
"Siapakah yang
mengeluarkan saya dari
syurga" sedangkan
Allah telah
memberi wahyu
kepada
malaikat Maut. "Tinggalkanlah
dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku
telah memutuskan dia
di zaman
azali dahulu
bahawa sesungguhnya dia
(Nabi Idris) tergolong
ahli
dan penghuni syurga."
Dan Allah telah
berfirman
kepada
rasul-rasulNya tentang
kisah
Nabi Idris dalam firmanNya
yang bermaksud. "Dan
ingatlah
olehmu cerita-cerita
dalam kitab
Nabi Idris a.s dan seterusnya."
0 Response to "Kisah Nabi Idris A.S-KIsah Para Nabi Allah"
Post a Comment