KISAH NABI ISMAIL A.S.
Nabi Ibrahim yang berhijrah
meninggalkan
Mesir bersama Sarah, isterinya
dan Hajar, dayangnya
di tempat tujuannya
di Palestin. Ia telah membawa pindah
juga
semua binatang
ternakannya dan harta miliknya yang
telah diperolehinya
sebagai hasil
usaha niaganya di
Mesir. Al-Bukhari meriwayatkan daripada
Ibnu
Abbas r.a. berkata:
"Pertama-tama
yang
menggunakan setagi {setagen} ialah
Hajar ibu
Nabi Ismail tujuan untuk
menyembunyikan
kandungannya dari
Siti Sarah yang
telah lama berkumpul
dengan
Nabi Ibrahim a.s. tetapi belum juga
hamil. Tetapi walaubagaimana
pun juga akhirnya
terbukalah rahsia yang disembunyikan itu dengan
lahirnya Nabi
Ismail a.s. Dan
sebagai lazimnya
seorang isteri sebagai
Siti Sarah merasa telah
dikalahkan oleh Siti
Hajar sebagai
seorang dayangnya
yang
diberikan kepada Nabi
Ibrahim a.s. Dan sejak
itulah Siti Sarah merasakan
bahawa Nabi Ibrahim a.s.
lebih
banyak mendekati
Hajar kerana
merasa sangat gembira
dengan puteranya yang tunggal dan
pertama
itu, hal
ini yang
menyebabkan permulaan ada
keratakan dalam rumahtangga
Nabi Ibrahim a.s. sehingga
Siti Sarah merasa tidak tahan hati
jika melihat Siti Hajar dan minta pada
Nabi Ibrahim a.s. supaya menjauhkannya
dari matanya dan
menempatkannya
di lain tempat."
Untuk sesuatu hikmah
yang
belum diketahui
dan disadari
oleh Nabi Ibrahim Allah
s.w.t.
mewahyukan kepadanya
agar
keinginan dan permintaan Sarah isterinya
dipenuhi dan
dijauhkanlah
Ismail bersama Hajar ibunya
dan Sarah ke suatu tempat di
mana
yang ia akan tuju dan
di mana Ismail
puteranya bersama
ibunya akan
ditempatkan dan
kepada
siapa
akan ditinggalkan. Maka dengan tawakkal
kepada
Allah berangkatlah Nabi
Ibrahim meninggalkan rumah membawa Hajar dan Ismail
yang
diboncengkan di atas
untanya tanpa tempat tujuan
yang tertentu. Ia hanya berserah diri
kepada
Allah yang akan
memberi arah
kepada
binatang tunggangannya. Dan
berjalanlah unta Nabi Ibrahim dengan
tiga
hamba Allah
yang
berada
di atas punggungnya
keluar kota masuk ke
lautan
pasir dan padang
terbuka di mana terik
matahari dengan
pedihnya
menyengat tubuh
dan angin yang
kencang
menghembur-hamburkan debu-debu pasir.
Ismail dan ibunya
Hajar
ditinggalkan
di
Makkah
Setelah berminggu-minggu
berada
dalam perjalanan jauh yang
memenatkan, tibalah pada
akhirnya Nabi
Ibrahim bersama
Ismail dan
ibunya di
Makkah kota suci dimana
Kaabah didirikan
dan menjadi kiblat manusia dari
seluruh dunia. Di
tempat di
mana
Masjidil
Haram sekarang
berada, berhentilah unta Nabi
Ibrahim mengakhiri
perjalanannya
dan di
situlah ia meninggalkan Hajar bersama
puteranya dengan hanya dibekali
dengan serantang
bekal
makanan dan
minuman
sedangkan
keadaan
sekitarnya
tiada tumbuh-tumbuhan, tiada
air mengalir, yang terlihat hanyalah batu
dan pasir kering. Alangkah sedih dan
cemasnya
Hajar
ketika akan
ditinggalkan
oleh Ibrahim seorang diri
bersama
dengan anaknya yang masih
kecil di tempat yang sunyi senyap
dari segala-galanya kecuali batu gunung
dan pasir. Ia seraya
merintih
dan menangis,
memegang
kuat-kuat baju
Nabi Ibrahim memohon
belas
kasihnya, janganlah ia ditinggalkan seorang
diri di tempat yang
kosong itu, tiada seorang
manusia, tiada
seekor binatang, tiada pohon dan
tidak terlihat pula air mengalir, sedangkan
ia masih
menanggung beban mengasuh
anak yang
kecil yang masih
menyusu. Nabi Ibrahim mendengar keluh kesah
Hajar merasa tidak tergamak meninggalkannya
seorang diri
di tempat itu
bersama
puteranya
yang
sangat disayangi
akan tetapi
ia sedar bahwa apa
yang dilakukan nya
itu adalah kehendak
Allah s.w.t. yang
tentu
mengandungi hikmat yang masih terselubung baginya
dan ia sedar pula
bahawa Allah
akan melindungi Ismail
dan ibunya
dalam tempat pengasingan itu dan
segala kesukaran dan
penderitaan. Ia
berkata kepada Hajar:
"Bertawakkallah kepada Allah
yang
telah menentukan
kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan
rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu
ke sini
dan Dialah
yang
akan melindungi mu
dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan
perintah
dan wahyunya, tidak sesekali
aku tergamak meninggalkan
kamu
di
sini seorang diri
bersama
puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah
wahai Hajar bahwa
Allah Yang
Maha
Kuasa tidak
akan melantarkan kamu berdua tanpa
perlindungan-Nya.
Rahmat dan barakah-Nya akan
tetap
turun
di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah."
Mendengar kata-kata
Ibrahim itu
segeralah
Hajar melepaskan
genggamannya
pada baju Ibrahim dan dilepaskannyalah
beliau menunggang
untanya
kembali ke Palestin dengan
iringan air mata
yang bercurahan membasahi
tubuh Ismail
yang sedang menetak. Sedang Nabi
Ibrahim pun tidak dapat menahan
air
matanya
keetika ia turun dari
dataran tinggi
meninggalkan
Makkah
menuju
kembali ke Palestin di mana isterinya Sarah dengan
puteranya yang kedua Ishak sedang
menanti. Ia tidak
henti-henti selama
dalam perjalanan kembali
memohon
kepada
Allah perlindungan, rahmat dan barakah serta kurniaan rezeki
bagi
putera dan
ibunya
yang
ditinggalkan
di tempat terasing itu. Ia
berkata dalam doanya:" Wahai Tuhanku! Aku telah
tempatkan
puteraku dan anak-anak keturunannya
di dekat
rumah-Mu
(Baitullahil Haram) di lembah
yang
sunyi dari
tanaman dan
manusia
agar
mereka
mendirikan
solat dan beribadat kepada-Mu. Jadikanlah hati sebahagian
manusia
cenderung
kepada
mereka
dan berilah mereka
rezeki dari
buah-buahan
yang lazat,
mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."
Mata air Zamzam
Sepeninggal Nabi
Ibrahim tinggallah
Hajar dan
puteranya di tempat yang
terpencil dan
sunyi
itu. Ia
harus menerima nasib
yang
telah ditakdirkan oleh Allah
atas dirinya dengan
kesabaran
dan keyakinan penuh akan
perlindungan-Nya. Bekalan
makanan dan
minuman
yang dibawanya dalam perjalanan
pada
akhirnya habis dimakan selama beberapa
hari sepeninggalan
Nabi Ibrahim. Maka
mulailah
terasa
oleh
Hajar beratnya beban hidup yang harus ditanggungnya sendiri
tanpa bantuan suaminya. Ia
masih harus meneteki
anaknya, namun
air
teteknya makin
lama
makin
mengering
disebabkan kekurangan
makan. Anak
yang tidak dapat minuman
yang
memuaskan dari
tetek ibunya mulai menjadi cerewet dan
tidak henti-hentinya
menangis. Ibunya
menjadi
panik, bingung
dan cemas mendengar
tangisan
anaknya
yang
sgt menyayat hati itu. Ia
menoleh ke kanan dan
ke kiri serta lari ke sana
ke sini
mencari
sesuap
makanan atau seteguk
air
yang dapat meringankan
kelaparannya dan
meredakan
tangisan anaknya, namun sia-sialah
usahanya. Ia pergi
berlari
harwalah
menuju bukit Shafa kalau-kalau ia boleh mendapatkan sesuatu
yang dapat
menolongnya tetapi
hanya
batu dan pasir yang
didapatnya
disitu, kemudian
dari bukit Shafa
ia melihat bayangan air yang mengalir di atas bukit Marwah dan
larilah ia berharwahlah
ke tempat itu
namun ternyata bahawa
yang disangkanya air adalha fatamorangana
{bayangan}
belaka
dan kembalilah ke bukit Shafa
karena mendengar seakan-akan
ada suara yang
memanggilnya tetapi
gagal
dan melesetlah
dugaannya. Demikianlah maka
kerana
dorongan hajat hidupnya
dan hidup anaknya
yang
sangat disayangi, Hajar mundar-mundir
berlari
sampai
tujuh
kali antara bukit Shafa
dan Marwah yang
pada
akhirnya ia duduk
termenung merasa penat dan hampir berputus asa.
Diriwayatkan bahawa selagi
Hajar berada dalam keadaan tidak berdaya
dan hampir
berputus asa kecuali dari
rahmat Allah
dan pertolongan-Nya
datanglah kepadanya malaikat Jibril bertanya: "Siapakah
sebenarnya engkau ini?" "Aku
adalah hamba sahaya
Ibrahim", jawab Hajar. "Kepada
siapa engkau dititipkan di sini?" tanya Jibril. "Hanya
kepada
Allah",jawab
Hajar. Lalu
berkata Jibril: "Jika demikian, maka engkau telah
dititipkan
kepada
Dzat Yang Maha Pemurah Lagi
Maha
Pengasih, yang akan
melindungimu, mencukupi keperluan
hidupmu
dan tidak akan
mensia-siakan kepercayaan
ayah puteramu
kepada-Nya."
Kemudian
diajaklah
Hajar mengikutinya
pergi
ke suatu
tempat di mana Jibril menginjakkan
telapak
kakinya kuat-kuat di
atas tanah dan
segeralah
memancur dari
bekas telapak kaki itu air yang jernih dengan
kuasa
Allah. Itulah dia
mata air Zamzam yang sehingga kini
dianggap keramat oleh
jemaah haji, berdesakan sekelilingnya
bagi
mendapatkan
setitik
atau seteguk air daripadanya dan
kerana sejarahnya
mata air itu disebut orang "Injakan Jibril".
Alangkah gembiranya dan
lega
dada Hajar melihat air yang mancur itu. Segera
ia membasahi bibir puteranya
dengan
air
keramat itu
dan segera pula terlihat wajah
puteranya
segar kembali, demikian pula
wajah si ibu
yang
merasa sangat bahagia
dengan
datangnya mukjizat dari
sisi Tuhan yang mengembalikan kesegaran hidup kepadanya dan
kepada
puteranya sesudah
dibayang-bayangi
oleh
bayangan mati
kelaparan yang mencekam dada.
Mancurnya
air
Zamzam telah
menarik burung-burung berterbangan
mengelilingi
daerah
itu
menarik pula
perhatian sekelompok
bangsa Arab dari suku Jurhum yang merantau
dan sedang
berkhemah di sekitar Makkah. Mereka
mengetahui
dari pengalaman bahawa
di mana ada
terlihat burung
di udara, nescaya dibawanya
terdapat air, maka
diutuslah oleh mereka beberapa
orang
untuk memeriksa kebenaran
teori ini. Para
pemeriksa
itu
pergi
mengunjungi
daerah
di mana Hajar berada, kemudian kembali
membawa berita gembira
kepada
kaumnya tentang
mata air Zamzam dan keadaan
Hajar bersama puteranya.
Segera sekelompok
suku
Jurhum itu memindahkan
perkhemahannya
ke tempat sekitar Zamzam, di
mana
kedatangan mereka disambut dengan
gembira oleh
Hajar kerana
adanya sekelompok suku
Jurhum di
sekitarnya, ia memperolehi
jiran-jiran yang akan
menghilangkan
kesunyian
dan kesepian
yang selama ini
dirasakan
di dalam hidupnya
berduaan dengan
puteranya
saja. Hajar bersyukur kepada Allah
yang
dengan
rahmatnya telah
membuka hati
orang-orang itu cenderung datang
meramaikan dan
memecahkan
kesunyian lembah
di mana
ia ditinggalkan sendirian oleh
Ibrahim.
Ismail Bantu
Bapa
Bina
Kaabah
Nabi Ismail
dibesarkan
di Makkah (pekarangan Kaabah). Apabila dewasa beliau
berkahwin dengan
wanita
daripada puak
Jurhum. Walaupun
tinggal
di Makkah, Ismail sering
dikunjungi bapanya.
Pada satu ketika, bapanya
menerima
wahyu daripada
Allah supaya membina Kaabah. Perkara
itu
disampaikan kepada
anaknya. Ismail berkata: “Kerjakanlah apa
yang
diperintahkan
Tuhanmu kepadamu dan
aku akan membantumu dalam pekerjaan mulia itu.”Ketika membina Kaabah, Nabi Ibrahim berkata
kepada Ismail: “Bawakan batu yang baik
kepadaku untuk aku letakkan di
satu
sudut supaya ia
menjadi
tanda
kepada manusia.”Kemudian
Jibril memberi ilham kepada
Ismail supaya mencari
batu
hitam untuk diserahkan kepada
Nabi Ibrahim.Setiap
kali bangun, mereka berdoa: “Wahai
Tuhan
kami, terimalah
daripada
kami
(amalan kami), sesungguhnya
Engkau Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.”Bangunan (Kaabah) itu
menjadi
tinggi
dan Ibrahim makin lemah
untuk mengangkat batu. Dia berdiri di satu sudut, kini dikenali
Makam Ibrahim.
Nabi Ibrahim sering
berulang-alik mengunjungi
anaknya. Pada
satu hari, beliau
tiba di Makkah dan mengunjungi rumah anaknya.Bagaimanapun, Ismail
tiada di rumah ketika itu melainkan isterinya. Isteri Ismail
tidak mengenali orang
tua itu adalah
bapa Ismail.Apabila Nabi
Ibrahim bertanya
isteri
Nabi Ismail mengenai suaminya
itu, beliau
diberitahu anaknya
keluar berburu. Seterusnya
Nabi Ibrahim bertanya
keadaan mereka berdua. Isterinya berkata: “Kami berada dalam kesempitan.”Nabi Ibrahim berkata: “Apakah kamu mempunyai jamuan, makanan dan
minuman?“ Dijawab
isteri Ismail: “Aku
tidak
mempunyainya, malah apa
pun tiada.”Kelakukan isteri
Nabi Ismail itu tidak manis
dipandang
Nabi Ibrahim kerana kelihatan
tidak reda dengan
pemberian
Allah dan
jemu
untuk hidup bersama
suaminya. Malah, dia kelihatan
bersifat kedekut kerana
tidak mengalu-alukan
kedatangan tetamu.Akhirnya
Nabi Ibrahim berkata kepada
isteri anaknya:
“Jika suamimu kembali, sampaikanlah salamku kepadanya dan
katakan
kepadanya supaya dia
menggantikan pintunya.”
Selepas itu
Nabi Ibrahim beredar dari situ. Sejurus kemudian, Nabi Ismail
pulang ke rumah dengan
hati
gembira kerana dia
menganggap tiada
perkara tidak diingini
berlaku
sepanjang ketiadaannya di
rumah. Nabi Ismail
bertanya
isterinya: “Apakah
ada orang datang menemui kamu?“Isterinya berkata: “Ya, ada
orang
tua
kunjungi kita.” Ismail berkata: “Apakah dia
mewasiatkan sesuatu
kepadamu?“ Isterinya
berkata: “Ya, dia
menyuruhku menyampaikan
salam kepadamu dan
memintaku
mengatakan kepadamu supaya menggantikan
pintumu.”Ismail berkata: “Dia adalah
bapaku. Sesungguhnya
dia menyuruhku supaya menceraikanmu, maka kembalilah
kepada keluargamu.”Selepas menceraikan isterinya, Nabi
Ismail berkahwin lain, kali ini
dengan seorang
lagi
wanita
daripada kaum Jurhum. Isteri
baru itu mendapat keredaan
bapanya kerana pandai menghormati
tetamu, tidak menceritakan
perkara
yang
menjatuhkan
maruah suami
dan bersyukur dengan nikmat
Allah. Ismail
hidup
bersama
isteri
barunya itu hingga
melahirkan
beberapa anak.
Nabi Ismail
mempunyai
12 anak
lelaki
dan seorang
anak perempuan yang
dikahwinkan dengan
anak saudaranya, iaitu
Al-’Ish
bin Ishak. Daripada keturunan Nabi
Ismail lahir Nabi
Muhammad
s.a.w. Keturunan
Nabi Ismail juga mewujudkan
bangsa Arab Musta’ribah.
Nabi Ismail sebagai
Qurban
Nabi Ibrahim dari
masa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan
menjenguk Ismail
di tempat pengasingannya
bagi
menghilangkan
rasa
rindu hatinya kepada
puteranya
yang ia sayangi
serta
menenangkan hatinya yang
selalu rungsing
bila mengenangkan
keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus, jauh
dari masyarakat kota
dan pengaulan
umum.
Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia
remajanya
Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia
harus menyembelih
Ismail puteranya. Dan mimpi
seorang nabi
adalah salah
satu dari
cara-cara turunnya wahyu
Allah, maka
perintah
yang diterimanya
dalam mimpi
itu
harus
dilaksanakan oleh
Nabi Ibrahim. Ia
duduk
sejurus termenung
memikirkan
ujian
yang maha
berat yang ia hadapi. Sebagai seorang
ayah yang dikurniai
seorang putera
yang
sejak puluhan
tahun diharap-harapkan
dan didambakan, seorang putera
yang telah mencapai usia
di mana
jasa-jasanya sudah
dapat dimanfaatkan
oleh
si ayah, seorang putera
yang
diharapkan
menjadi
pewarisnya
dan penyampung
kelangsungan
keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan
qurban
dan harus direnggut nyawa oleh tangan si
ayah sendiri.
Namun
ia sebagai seorang
Nabi, pesuruh
Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan
teladan
bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada
Allah,
menjalankan
segala perintah-Nya dan
menempatkan
cintanya kepada Allah
di atas cintanya
kepada
anak, isteri, harta benda dan
lain-lain. Ia
harus melaksanakan perintah Allah
yang diwahyukan
melalui
mimpinya, apa
pun yang
akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.
Sungguh amat berat ujian yang dihadapi
oleh
Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman
Allah yang bermaksud: "Allah lebih mengetahui di mana dan
kepada
siapa
Dia mengamanatkan
risalahnya". Nabi Ibrahim tidak membuang
masa lagi, berazam (niat) tetap
akan menyembelih
Nabi Ismail puteranya
sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah
yang telah diterimanya. Dan
berangkatlah
serta merta
Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk
menemui
dan menyampaikan
kepada
puteranya apa yang
Allah perintahkan.
Nabi Ismail
sebagai
anak yang soleh yang sangat taat kepada Allah
dan bakti kepada
orang
tuanya, ketika diberitahu
oleh
ayahnya
maksud kedatangannya
kali ini tanpa ragu-ragu dan
berfikir panjang
berkata kepada ayahnya:
"Wahai ayahku! Laksanakanlah apa
yang telah diperintahkan oleh Allah
kepadamu. Engkau akan
menemuiku insya-Allah sebagai seorang
yang sabar dan
patuh kepada perintah. Aku
hanya
meminta dalam melaksanakan
perintah
Allah itu, agar ayah mengikatku
kuat-kuat supaya
aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar
menanggalkan pakaianku
supaya tidak terkena
darah
yang
akan menyebabkan
berkurangnya
pahalaku dan
terharunya
ibuku bila melihatnya, ketiga
tajamkanlah
parangmu
dan percepatkanlah
perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan
rasa pedihku, keempat dan yang
terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku
berikanlah
kepadanya
pakaian ku ini
untuk menjadi
penghiburnya dalam kesedihan dan
tanda mata
serta
kenang-kenangan baginya
dari putera tunggalnya."
Kemudian
dipeluknyalah Ismail
dan dicium pipinya
oleh Nabi Ibrahim seraya
berkata:
"Bahagialah aku mempunyai
seorang putera
yang taat kepada
Allah, bakti kepada orang
tua yang dengan
ikhlas hati menyerahkan dirinya
untuk melaksanakan perintah Allah".
Saat penyembelihan
yang mengerikan
telah tiba. Diikatlah kedua
tangan
dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di
atas lantai, lalu diambillah
parang tajam yang sudah
tersedia dan
sambil
memegang parang di tangannya, kedua mata
nabi Ibrahim yang
tergenang
air berpindah memandang
dari wajah
puteranya
ke parang yang mengilap di tangannya,
seakan-akan
pada masa itu hati
beliau
menjadi
tempat pertarungan
antara perasaan
seorang ayah
di satu
pihak dan
kewajiban
seorang rasul
di satu
pihak yang
lain. Pada akhirnya
dengan memejamkan matanya, parang
diletakkan pada
leher Nabi Ismail dan
penyembelihan
di lakukan . Akan tetapi apa
daya, parang yang sudah
demikian tajamnya itu ternyata
menjadi
tumpul
dileher Nabi Ismail
dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan
sebagaimana
diharapkan.
Kejadian tersebut merupakan suatu
mukjizat dari Allah
yang menegaskan
bahwa
perintah
perkorbanan
Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi
Ibrahim dan Nabi
Ismail sampai sejauh mana cinta
dan taat mereka
kepada
Allah. Ternyata keduanya
telah lulus dalam ujian
yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah
menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan perkorbanan puteranya. untuk berbakti melaksanakan
perintah
Allah sedangkan Nabi
Ismail tidak sedikit
pun ragu atau
bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah
dan kepada
orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika
merasa bahwa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia
kepada
ayahnya:" Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati
memotong leherku
karena
melihat wajahku, cubalah
telangkupkan
aku dan laksanakanlah tugasmu
tanpa melihat wajahku. "Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya
mengeluarkan setitik darah
pun dari daging Ismail
walau ia telah
ditelangkupkan dan
dicuba memotong lehernya
dari
belakang. Dalam keadaan
bingung dan
sedih
hati, kerana gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah
kepada
Nabi Ibrahim wahyu Allah
dengan firmannya: "Wahai
Ibrahim!
Engkau telah
berhasil
melaksanakan mimpimu, demikianlah
kami akan membalas
orang-orang
yang
berbuat kebajikkan". Kemudian sebagai
tebusan ganti
nyawa, Ismail telah
diselamatkan itu, Allah memerintahkan
Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing
yang telah tersedia
di sampingnya dan
segera
dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan
parang
yang
tumpul
di leher puteranya
Ismail itu. Dan inilah asal
permulaan
sunnah berqurban
yang dilakukan oleh umat Islam pada
tiap Hari Raya
Aidiladha di seluruh pelosok
dunia.
0 Response to "KISAH NABI ISMAIL A.S.-Kisah Tauladan Para Nabi Allah"
Post a Comment